SAHABAT FREEFORUM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
SAHABAT FREEFORUM

SABAHAN'S RIGHTS(Hak Orang Sabah)What Our Future?(Apa Masa Depan Kita?)

Pencarian
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Ucapan selamat tahun baru 2009 untuk Admin
PRAKATA ADMIN Icon_minitime1Wed Apr 08, 2009 8:13 pm by Admin

» NON-FELDA POSTING
PRAKATA ADMIN Icon_minitime1Mon Dec 08, 2008 1:20 am by kolikiu

» hello kawan
PRAKATA ADMIN Icon_minitime1Tue Dec 02, 2008 8:06 pm by tuan_tanah

» SALAM TUAN ADMIN.
PRAKATA ADMIN Icon_minitime1Sun Nov 30, 2008 4:34 pm by Admin

» Apakah sumbangan Felda kepada rakyat tempatan sabah
PRAKATA ADMIN Icon_minitime1Sun Nov 30, 2008 12:35 pm by Admin

» CADANGAN/SARANAN/PENDAPAT/IDEA.
PRAKATA ADMIN Icon_minitime1Mon Nov 10, 2008 1:02 pm by Tamu

» VIPs' SPACE.
PRAKATA ADMIN Icon_minitime1Sun Nov 02, 2008 7:15 pm by Admin

» PRAKATA ADMIN
PRAKATA ADMIN Icon_minitime1Sat Nov 01, 2008 7:27 pm by Admin

» APAKAH MASALAH KERJAYA ANDA?
PRAKATA ADMIN Icon_minitime1Fri Oct 31, 2008 9:26 pm by Admin

Affiliates
free forum

Affiliates
free forum


You are not connected. Please login or register

PRAKATA ADMIN

Go down  Message [Halaman 1 dari 1]

1PRAKATA ADMIN Empty PRAKATA ADMIN Sat Nov 01, 2008 7:27 pm

Admin

Admin
Admin

Salam dan selamat sejahtera semua, harap semuanya sehat penuh kedamaian. Saya Admin forum ini, mengucapkan selamat datang ke forum ini, semoga anda semua mendapat manfaat apabila menyertai forum ini. Tujuan utama forum ini dilancarkan adalah untuk membolehkan segala persoalan dan kemusykilan terutama berhubung dengan kedudukan kita sebagai orang Sabah di Felda ini khusus di Gugusan Felda Sahabat ini. Bagi mereka yang di luar Sahabat pun masih dialu-alukan untuk menyertai forum ini. Begitu juga dengan orang bukan Felda, juga dituntut untuk memberi sebarang buah fikiran atau cadangan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan kedudukan kakitangan Sabah di Felda Sahabat ini.

Telah lama kita berusaha dan berjuang untuk menuntut hak kita selaku TUAN BUMI Sabah ini, namun segala hak kita untuk sekurang-kurangnya diberi peluang sama rata dari segi jawatan dan pangkat masih terus dinafikan oleh pihak organisasi Felda. Di manakah silapnya? Apakah kekurangan kita? sehingga kita dipinggirkan dalam pergerakan hierarki perdana Felda. Adakah kita lemah? Jawapannya; TIDAK, kita cuma TIDAK DIBERIKAN PELUANG DAN KEPERCAYAAN untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Tidak ada bukti konkret yang boleh membuktikan apabila sesebuah ladang atau jabatan, ianya terlalu baik dan maju apabila orang luar/semenanjung yang mengendalikannya. Malah, banyak bukti bawa ladang-ladang yang pernah dianugerahkan ladang terbaik adalah diurus oleh orang Sabah sendiri spt Ladang Sahabat 26, Sahabat 39 dll, malahan juga puluhan kakitangan yang diberi anugerah petugas terbaik, kebanyakannya orang Sabah.

Kita juga telah menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan suara hati, ketidakpuasan hati, keluhan, rintihan dan seumpamanya, namun tindakan itu umpama menabur garam di lautan luas dan tidak ubah juga bagai anjing menyalak bukit. Saluran Kesatuan yang dikatakan cara yang palling praktikal dari segi saluran...juga tidak banyak memberi kesan. Apakah Felda terlalu kebal dan handal??? Saluran politik juga turut tidak memberi apa-apa perubahan...jadi mana dan apa lagi saluran yang kita guna untuk memperjuangkan hak kita? Sudah sampai masanya, kita tidak perlu terlalu berlembut lagi, tidak perlu terlalu berkompromi lagi, tidak perlu terlalu bertolak ansur lagi...ayuh kita mulakan rentak langkah kanan yang lebih gah...mari kita berjuang melalui media, melalui ICT sesuai dengan era cyber ini.

Tuan-tuan sekalian, sebenar-benarnya, kita orang Sabah, amat terlalu jauh untuk mengatakan membenci orang semenanjung kerana sikap semula jadi kita yang berbudi bahasa tinggi, bersifat muhibbah dan bersikap toleransi yang tinggi serta mengamalkan intergrasi nasional dalam erti kata sebenar. Apa yang kita tolak hanyalah sikap CDM mereka; CENGKAM, DOMINASI dan MONOPOLI mereka. Ini saja yang kita cuba pecahkan dan uraikan sehingga kita benar-benar mendapat hak kita. Ini sudah tentu langsung tidak menjadi satu kesalahan, malah ia dituntut dalam mana-mana sudut termasuk agama dan juga tamaddun manusia. Sebelum mengakhiri prakata ini, saya ingin berpesan, tulislah apa saja kita kehendaki tapi pastikan tatatertib dan etika penulisan sentiasa dipelihara. Terima kasih.

https://sahabat.forummotion.com

Kembali Ke Atas  Message [Halaman 1 dari 1]

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik